chit-chat

Friday, 27 June 2014

Perbuatan Keji Bapa Terbongkar

RASA curiga seorang ibu di Kajang dengan perlakuan anak perempuannya yang berusia empat tahun menyentuh bahagian sulitnya membongkar perbuatan keji suaminya selama ini.


Apabila ditanya, kanak-kanak itu menjawab bapanya ‘suka bermain seperti itu’, memetik China Press menerusi The Star.

Justeru, wanita berusia 35 tahun itu segera membuat laporan polis pada Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kecederaan pada bahagian sulit kanak-kanak terbabit.

Laporan turut menyebut, suspek hanya balik ke rumah sekali sebulan kerana bekerja di luar kawasan.

Pasangan tersebut turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, lapor Mynewshub.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...